Soalan Lazim

  1. Bagaimanakah saya boleh mendaftar JohorPay?
    • Pendaftaran boleh dibuat melalui portal JohorPay atau aplikasi mudah alih JohorPay.

  2. Mengapa saya perlu mengisi semua butiran? Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan untuk pendaftaran?
    • Kami hanya memerlukan maklumat asas tentang diri anda sebelum anda menggunakan perkhidmatan daripada platform JohorPay. Anda perlu menyediakan maklumat yang tepat seperti ID Pengenalan (No. Kad Pengenalan / Pasport / No Syarikat / No Polis / No Tentera), Nombor Telefon Bimbit dan Alamat e-mel semasa pendaftaran. Ini adalah penting sekiranya kami perlu menghubungi anda pada masa hadapan untuk rujukan.

  3. Apakah kelebihan apabila saya menggunakan JohorPay?
    • Dengan JohorPay, pembayaran perkhidmatan pelbagai agensi Kerajaan dapat dibuat setempat.

  4. Bolehkah saya menukar kata laluan saya? Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya?
    • Ya, anda boleh menukar kata laluan pada bila-bila masa menggunakan portal dan aplikasi mudah alih JohorPay.

  5. Bolehkah saya menukar ID pengguna saya?
    • Tidak boleh. ID pengguna yang telah berdaftar akan digunakan setiap kali anda log masuk ke portal JohorPay.

  6. Adakah Pembayaran yang dibuat melalui MEPS FPX selamat?
    • FPX memanfaatkan perkhidmatan dengan bank-bank yang terlibat dengan Perbankan Internet dan menyediakan proses pembayaran atas talian yang cepat, selamat, boleh dipercayai dan dalam masa nyata (real time). FPX menyediakan transaksi perniagaan end-to-end yang lengkap, rekod pembayaran, dan proses reconcilation yang dipermudahkan serta mengurangkan risiko kerana pergerakan dana adalah di antara institusi-institusi kewangan yang telah ditubuhkan. FPX juga menggunakan pengesahan dan pensijilan untuk memastikan transaksi yang dilakukan adalah selamat.

  7. Apakah Bank-Bank yang terlibat bagi FPX?



  8. Adakah saya perlu membuat pendaftaran sebelum membuat pembayaran dengan FPX?
    • Tiada pendaftaran yang diperlukan berkaitan dengan FPX.

  9. Apa yang saya perlukan untuk membuat pembayaran dengan FPX?
    • Anda perlu mempunyai satu akaun perbankan internet dengan bank-bank terlibat seperti di atas.

  10. Apakah had maksimum transaksi pembayaran melalui FPX?
    • Pada masa ini, had transaksi untuk akaun individu ditetapkan pada RM 30,000 setiap transaksi, manakala had untuk akaun korporat ditetapkan pada RM 50,000,000 bagi setiap urus niaga. Agensi-agensi tertentu juga akan menghadkan jumlah maksimum bagi pembayaran pada satu-satu bil. Sila rujuk agensi anda untuk maklumat lanjut.

  11. Pembayaran saya berjaya, tetapi saya tidak menerima apa-apa pemberitahuan/resit. Apa yang perlu saya lakukan?
    • Sekiranya anda mendapati sebarang kesukaran mendapatkan maklumat bayaran selepas transaksi, sila ikuti langkah ini: Sila hubungi bank anda untuk mengesahkan pembayaran anda. Sebaik sahaja anda telah mendapat maklumat terperinci mengenai butiran transaksi anda, sila hubungi pegawai agensi-agensi berkaitan untuk bantuan. Sila berikan ID transaksi yang telah dibekalkan oleh pihak bank.

  12. Urusniaga saya berjaya, tetapi akaun (agensi) tidak dikemaskini. Apa yang perlu saya lakukan?
    • Sekiranya transaksi berjaya, akaun agensi akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja. Sekiranya ia masih tidak dikemaskini, sila buat aduan melalui ruangan aduan laman web atau aplikasi mudah alih atau helpdesk (Meja Bantuan).
live-chat-photo