Sila baca syarat-syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan kemudahan pembayaran dalam talian kami. Dengan menggunakan kemudahan pembayaran melalui platform JohorPay, anda secara langsung menerima terma & syarat yang dinyatakan. Jika anda tidak menerima syarat-syarat yang dikemukakan ini, anda adalah dinasihatkan tidak menggunakan kemudahan ini.
Semua pembayaran adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Semua jumlah dinyatakan ialah dalam MYR - Malaysia Ringgit.
- KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak akan menerima sebarang liabiliti bagi bayaran yang tidak diterima oleh akaun agensi yang betul atau maklumat pembayaran yang tidak tepat. Kami juga tidak akan menerima sebarang liabiliti jika bayaran anda tidak dibenarkan atau ditolak oleh institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda walau apa jua sebab.
- Jika institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan menolak pembayaran anda, KERAJAAN NEGERI JOHOR tidak bertanggungjawab untuk membawa perkara ini kepada perhatian anda. Anda perlu menyemak dengan institusi kewangan atau pembekal perkhidmatan kewangan anda jika ada pembayaran telah ditolak dari akaun anda.
- Bayaran anda akan dikemaskini dalam masa satu (1) ke lima (5) hari waktu bekerja.